Wednesday, April 24, 2013

Mr Coke versus Cik Cupcake 3





“Red velvet dan choco dashing satu.”


Medina mendongak. Tangannya yang ligat membuat Sudoku terhenti. Sekali lagi mata mereka bertemu. Ben meraup rambut dark brown ikalnya yang terjuntai di dahi. Rentak hatinya tidak keruan kala mata bertentang.


“Encik Coke. Again.”

Ballpen Pilot dibaringkan atas meja. Masuk kali ni, sudah berdozen-dozen kali dia datang ke Cupcake Bucket. Setiap hari.Tanpa jemu.Kalau ada anugerah pelanggan paling setia, memang dia menang grand prize. 

Lufia selaku informer tak bertauliah, senang bercerita tentang Mr. Handsome. Setiap hari ada saja cerita baru tentang lelaki ni. Medina dah naik muak dah nak dengar semua cerita-cerita basi tu.

Bos! Bos! Dia pakai baju light pink la. So cute!

Dia pakai seluar jeans, Medna!

OMG, dia pakai kot! So machooo!

Ahh Medna! Dia pakai cap!

Beanie beanie, dia pakai beanie hari ni.

Hensem, sumpah hensem, sumpah aku nak kahwin dengan dia! Hensem!

Tadi dia humming lagu favorite I tadi! Oh my God, I think I’m in love. No, wait a minute. Yup, I’m in love!

Medina menggeleng teringatkan si mulut becok Lufia. Memang dah angau tahap kronik dengan Encik Coke ni. 

Ben tergelak. Encik Coke. Ingat lagi dia? 

“It’s Ben. Lama tak nampak, awak pergi mana?” Senyuman lemak berkrim menghiasi wajah cerianya. 

“Encik Ben, kaunter kat situ ye. Sini meja makan. Sila order di sana ye. Thank you.”

Dengan suara yang dipaksa lunak, Medina dengan sopan menunjuk ke arah kaunter, seratus peratus malas nak menjawab pertanyaan lelaki itu. Ben menatap segenap wajah Medina. Tudung berwarna pic menaikkan lagi kelembutan pada wajah gadis itu. Medina menjungkit sebelah kening.Tak faham bahasa ke dia ni? Karang aku speaking Urdu kang.

“Tapi awak kan owner kedai ni. So tak salahlah kalau saya nak order dengan awak, kan?” Ben tanya penuh mengharap. Medina menarik nafas panjang. Pagi-pagi dah menguji kesabaran iman aku. Nasib baik lelaki ni pernah..... berjasa. 

“Baiklah Encik Ben—”

“Nama saya Ben. Takda Encik pun dalam IC tu.” Ujar Ben sambil menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan gadis itu. Okay fine.Berloyar buruk. Medina menarik senyum kelat. 

“Okay Ben, awak nak apa tadi? Red velvet dan choco dashing kan? One moment.” Medina bangun dan menuju ke kaunter. Ben memerhatikan langkahnya. Setiap gerak-geri dia menjadi perhatian. Cara dia berjalan, senyuman dia, lirikan mata dia, kerutan di dahi dia. Semuanya seolah memaksa Ben untuk terus dan terus melihatnya. Macam magnet.

Red velvet dan choco dashing segar dari Cupcake Bucket siap dihidang. Ben memandang gadis itu atas bawah. Masih comel walaupun muka serabut habis.

“Awak nak minum apa?” Lembut suara itu menegur.

“Chinese tea.” Balas Ben laju. 

Medina berkerut sekejap sebelum mengangguk. Macam mana dia tahu aku ada simpan chinese tea kat dalam kedai ni? Medina menggaru kepala. Stalker ke apa mamat  ni.
Medina, personally ke dapur Cupcake Bucket dan membancuh air teh cina untuk lelaki itu. Beberapa saat kemudian, Medina muncul dengan secawan teh cina. 

“Sorry awak, saya nak gelas besar. I drink a lot. I’m a good drinker. Bawakkan saya gelas besar ya. Thanks.”

Medina menarik nafas panjang. Dipaksa kaki melangkah ke dapur semula. Kali ni gelas sebesar alam dibawa keluar. Ben cuba menahan senyum. Perli nampak?

“Awak, saya nak panas. Ni suam ni. Saya tak biasa minum suam-suam. Saya nak panas berasap. Tukar please.”

Kali ni Medina dah tercengang.Matanya membulat. Rasa macam nak hentak je gelas besar ni kat kepala dia. Kalau dari awal tadi beritahu kan senang. Mamat ni serius mencabar tahap kesabaran oranglah. Telinga dah berasap ni. Dah la daripada tadi dok tenung orang macam orang gila. Ya Allah, apa masalah mamat ni?

“Nah.”

Minuman teh cina dalam gelas besar dan berasap diletak atas meja dengan penuh cermat. Apa-apapun, dia tetap pelanggan Cupcake Bucket. Pelanggan dia jugak. Jadi haruslah dihormati. Geram macam mana pun. Customers always right. Yeah, right celah pinggan mangkuk aku!

Buku Sudoku dan pen diambil. 

“Awak nak pergi mana?” Tanya Ben. Kepalanya mendongak, menatap lagi wajah si gadis. 

“Kerjalah.” Balasnya bersama kerutan seribu.Takkan nak berjoli sakan pulak. 

“Kerja awak layan customer. So sebagai customer awak, saya nak awak teman saya breakfast.” Ben bangun dan menarik kerusi untuk Medina. Gadis itu memeluk tubuh. Matanya membulat, merenung Ben tajam.

“Encik Ben. Awak ni ok ke tak? Saya bukan member member awak pun nak teman-teman ni. Saya ada kerja nak buat.” Nada suaranya masih terkawal. Oktaf masih dalam keadaan selamat. 

“Kerja apa? Main Sudoku? Daripada awak layan Sudoku, ada baiknya awak layan customer. Saya customer awak. So sila layan saya dengan senyuman mesra alam sekitar. Dan, dah tau kita bukan member member, jomlah jadi member member.” Senyuman friendly dilayang kepadanya. Medina menggigit bibir. 

“Hei awak ni kan memang—”

“Kalau awak tak nak layan saya, saya buat report kat persatuan pengguna dan surat khabar, so awak dipersilakan sambung ayat awak tadi kalau awak nak muka awak dengan nama awak dan muka Lufia sekali, ha dan Cupcake Bucket, terpampang fond 168 Times New Roman kat page depan paper. Oh not to forget, facebook, blog, twitter and the list goes on.”

Oh my God.

 Rahang Medina jatuh. Matanya terkebil-kebil mendengar ugutan Ben. Sabar Medina, sabar. Mamat ni saja je gurau kasar. Rileks. Setelah agak lama dia menarik dan menghembus nafas, Medina akhirnya meletak kembali buku Sudoku dan pen ke atas meja. Dia kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi, menghadap Ben.

“Mana ada fond 168 gila!”

Gumam Medina kuat. Sakitnya hati melayan mamat mentadak ni. Senyuman ‘We are the champions’ terpatri di bibir lelaki itu. Medina menjulingkan mata. Ya Allah, kau tahanlah aku daripada menyiku batang hidung mamat ni.

“I like your Red velvet. Lagi sedap dari kedai sebelah buat.” Ben mengajaknya berbual-bual. Satu bite lagi disuap ke dalam mulut. Mmm sedapnya. 

Medina diam membatu. Kedai sebelah amendenya. Sebelah tu kedai si Ah Chong. Tokeh CD kot. Celah mana ada Red velvetnya. Sabar Medina, mamat ni dah takda benda nak borak la tu.

“Awak buat sendiri ke cupcakes ni?” Tanya Ben. Medina masih lagi dengan modus operandi diam membisu. 

“Lagi sesaat awak tak bersuara, saya call persatuan pengguna sekarang jugak. Ada dalam speed dial saya ni.” Telefon bimbit dah dibawa keluar. Jarinya dah bersedia untuk menekan punat.

Medina segera menghalang. “Ya terima kasih. Rudy yang banyak ajar saya.” Laju sebaris ayat ni meluncur keluar dari mulutnya. Ben mengoyak senyum puas hati.

“Rudy? Siapa Rudy? Awak dengan sang Rudy tu ada apa-apa ke?” Red velvet tak jadi disuap ke dalam mulut. Matanya membulat memandang Medina yang kekal selamba sambil tangan kanannya memutar-mutar ballpen. 

Medina menjulingkan mata. Apa saja la masalah dia ni? “Awak sibuk kenapa? Saya takda kena mengena pun dengan awak.”

Ben terangguk-angguk. “Ok. Saya dail sekarang.” Jarinya betul menekan punat satu. “No, wait. Rudy tu baker kedai ni. Dia banyak tolong saya.” Medina mengurut dahi. Ya Allah...

“Oh awak dengan dia hanya pekerja dan bos la kan?Tak lebih. Kan?” Tanya Ben, menggesa jawapan.

Medina menongkat dahi.Penat la melayan kerenah mamat mentadak ni. “Ya.”

“So,  awak ada berapa orang adik-beradik?”

Dahi Medina berkerut lagi. Ni soalan apa pulak ni? Adik-beradik la pulak. Nak interview aku jadi orang gaji ke apa ni? Ben mengangkat handphone di tangan, mengugut. Keningnya dijungkit-jungkit.

“Okay, saya cakap. Tak payah nak ugut-ugut. Sila makan dulu, dengan tenangnya.”

Ben sedaya upaya menahan gelak. Aduhai, kesian pulak tengok gadis ni. Beriya dia menahan marah, sampai merah padam muka tu. Lagilah Ben rasa nak menyakat.

“Berapa orang adik beradik?”

“Tiga.”

“Awak anak ke...?”

“Dua.”

“Berapa lelaki?”

“Saya seorang perempuan.”

“Saya tanya berapa orang lelaki, bukan berapa perempuan. Saya call persatuan pengguna karang.” Muka tak puas hati ditampal. Ballpen ditangan Medina diambil dan diletak atas meja.Tanda marah.

Medina tercengang. Mamat ni biar betik? Apa masalah dia sebenarnya ni? Aku chopstick kan kepala tu karang baru tahu. Main ugut-ugut pulak! Ingat aku takut sangat ke ha?

“Dua lelaki. Awak ni critical thinking la sikit. Awak dah tahu saya ada tiga orang adik beradik, dan saya cakap saya seorang je perempuan, awak tak boleh fikir ke maksudnya saya ada dua orang adik beradik lelaki? Awak tak reti congak ke?” Tangannya dah mencekak pinggang. Dahi dah makin berkerut.

“Saya dengan Maths tak kamcing. C pun tak pernah dapat, sepanjang hidup saya pulak tu.” Ujar Ben perlahan. 

Medina tergamam. Alamak, tersentuh isu sensitif la pulak. Wajah sedih lelaki itu dipandang. Muka nampak macam super genius, ada la aura Einstein di kiri dan kanan tu. Kurang bijak Maths rupanya. Padanlah annoying gila.

Lama dia tidak bersuara.“Hello? Awak nak saya call persatuan pengguna ke?” Ben melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Medina. Gadis itu terkebil-kebil.

“Apa dia?” Medina menjungkit kening. 

“Saya nak tapau cupcakes.” Balas Ben, mengoyak senyum. Tak sanggup dah nak menyakat gadis ni. Handphone dimasukkan ke dalam kocek. Medina menghela lega. Memang mintak chopstick mamat ni. Nasib baiklah hati ni mampu lagi bersabar.

“Awak nak perisa apa? Berapa banyak?” Tanya Medina, memandang lelaki itu sekilas. “Hmm.. Satu bucket ada 6 biji kan? Ok give me 1 bucket, perisa nak mix.” Balas Ben.

Medina bangun dan menuju ke kaunter. Lufia yang dari tadi menonton segalanya sambil menunggu masa yang sesuai, segera mendapatkannya dan mereka berbisik dan bertukar gurauan. Ben tidak mampu melarikan mata dari wajah Medina. Senyuman dia.. fuh. Boleh ubat penyakit. Yep, penyakit angau aku ni. Ben tergelak sendiri.

“Kenapa gelak?” Entah bila Medina sudah berdiri di depannya sambil menghulurkan satu bucket cupcake. “Kenapa nak tahu?” Tanya Ben balik. 

“Tak nak tahu pun. Ok semuanya RM 15.50. Tapi sebab awak ni super regular customer, kami bagi diskaun. So total RM 10.” Medina dan senyuman penawar sakit angaunya. Ben terasa seperti dah tak pijak bumi. Indahnya senyuman dia. Hari-hari nak tengok senyuman dia ni. Melonjak-lonjak jantung menari gumbira.

“Wah cool la kedai ni. Maksudnya saya kena la datang sini selalu kan. Nak jadi super super super duper regular customer. Okay, insya Allah esok saya datang lagi. See ya.” Dengan itu, Ben cepat-cepat berjalan pergi. Tak mahu dengar sebarang bantahan. 

“Lufia, serius, Medna tak faham macam mana Fia boleh gila bayang dengan mentadak tu!”

“Medna tau tak, Medna sorang je tak suka Mr. Handsome tu. You’re the weird one girl!” Lufia meluruskan jari telunjuknya ke muka Medina. Gadis itu menggeleng-geleng. “Korang semua yang short circuit. I’m the only normal person here ok!”

“Rudy pun normal jugak Medna! I love women!” Jerit Rudy dari dapur.  Medina dan Lufia tergelak kecil. Nak jugak.

Tapi serius, Medina tak faham.

Perangai super annoying Ben tu sangat menyakitkan hatinya. Memang luar alam la macam mana si Lufia dan juga populasi perempuan lain ni boleh suka kat mamat tu. Bukan Medina tak tahu, lately ni, makin banyak pelanggan yang datang ke kedai dia. Makin bertambah-tambah disebabkan mamat mentadak tu la. Semua datang nak tengok dia. Celah mana handsomenya kalau perangai super annoying macam tu! Tapi bagus jugak, naik sales bulan ni.

“Oh, lagi satu, awak nak bunga tak?” Tiba-tiba Ben muncul di sebalik pintu kedai. Medina berkerut. Tak balik lagi mamat ni.

“Bunga apa?” Tanya Medina sambil menepis tangan Lufia yang heboh menolak-nolaknya supaya mendekati lelaki itu. Perempuan ni kalau aku sendukkan kepala tu nanti. 

“Sinilah.” Panggil Ben, memberi isyarat kepadanya.

Medina berjalan keluar dari kedai sambil menjeling Lufia yang sudah memasang muka joyah sambil melompat gembira. “Buat kerja tu!” Sempat bibir dia menegur.

Ben menggaru kepala bila mulut Medina terlopong melihat satu lori bunga di hadapan kedainya. Ada kemungkinan reaksi dia sama macam Aisya ni-reject dengan sepenuh hati. Bunga tahi ayam kot.

“Takpa ke awak bagi saya semua ni? Tak payah bayar?”

Terbeliak biji mata Ben mendengar ayat yang keluar dari bibir Medina. Biar benar perempuan ni. Tak marah tak kerut. Sebaliknya. Dia senyum. Senyum ikhlas pulak tu. Amazing. Terus mata Ben menjamah wajah Medina.

“Awak tahu tak bunga apa ni?” Tanya Ben masih lagi kurang percaya.

“Mestilah saya tahu. Bunga Lantana Camara.” Senyuman terukir di bibirnya. Kali ni rahang Ben pulak jatuh. 

Lantana what?

“Atau bunga tahi ayam.” Tambah Medina, memahami kekusutan wajah lelaki itu.

Ben terangguk-angguk. “Tu nama saintifik ke apa tu?” Tanya Ben. Medina mengangguk. “Orang kampung saya panggil Lantana Camara.” Balasnya selamba. Ben menjeling sambil tergelak kecil. 

“Hebat orang kampung awak. Kat mana kampung tu?” Tanya Ben sambil membiarkan matanya mengekori langkah gadis itu. Medina mengambil sebiji pasu dan bibirnya terus mekar dengan senyuman.

“Cantiklah. Serius ni, awak nak bagi terus ke?” Medina mengangkat muka, memandang Ben. Terasa tegak bulu roma bila melihat sepasang mata lelaki itu sedang merenungnya. Tak berkelip pulak tu. Mamat ni hobi dia merenung muka orang ke?

“Kalau awak nak, saya bagi semua terus. Nak?” Ben tersenyum.

Medina mengangguk. Rezeki Tuhan bagi. Boleh letak kat depan kedai. Dahlah cantik. Tahan lama pulak tu bunga ni. 

“Awak suka bunga ni ke?” Tanya Ben membantu Medina mengangkat pasu-pasu bunga keluar dari lori. “Suka.” Angguk Medina.

Ben memandangnya. “Awak tak kisah pasal bau dia?”

Medina menggeleng. “Ala bau je kot. Takda hal la. Lagipun benda lain ok je.”

“Benda lain? Apa benda lain tu?” Tanya Ben. Kurang faham.

Medina tersenyum. “Walaupun bau bunga ni tak berapa nak best, tapi tengok, dia cantik kot. Dia tahan lama. Lepas tu, rama-rama suka bunga ni. So nanti kedai saya penuh dengan rama-rama.” Cukup dengan membayangkan saja, hati Medina sudah melonjak riang.

Ben terasa seperti mahu merakam senyuman tu. Lepas tu tengok setiap hari. Macam endorfin. Natural pain killer.

“Awak ni florist ke tau macam-macam pasal bunga ni? Dulu degree ambil kos bunga-bungaan ke sampai suka sangat kat bunga ni.” Ben mencuri pandang gadis itu lagi.

“Kalau saya florist, saya dah bukak kedai bunga dah.Tapi memang saya suka bunga pun. Apa jenis bunga pun saya suka.” Medina cuba nak mengangkat dua biji pasu sekaligus namun dihalang Ben. Dia menolak Medina ke tepi. 

“Dah, dah, takpa, biar saya buat. Hm, so your favourite flower apa?” Tanya Ben. Matanya menjamah wajah Medina yang kelihatan tak puas hati. Barangkali sebab tak dibenarkan membantu tadi.

“At least bagi la saya tolong.” Medina mencekak pinggang. Berkerut-kerut dahi dia.

Ben mengoyak senyum. “Awak tolong tengok pun dah cukup dah. Hmm, tak pun, awak tolong lapkan peluh saya ni, boleh?” Mata dikenyit nakal. Medina menjulingkan mata. Eh takda maknanya. Peluh aku sendiri pun tak terlap. Nak lap peluh si mentadak ni.

“Saya panggil Rudy datang tolong kejap.” Medina mahu masuk semula ke dalam kedai namun dihalang Ben. “Takpa, lagi sikit je ni. I can handle this.”

Medina memandangnya. “Banyak lagi tu. Biarlah saya tolong. Lagipun kedai saya kan.” Ujar Medina separuh merayu. Matanya bulat memandang Ben.

“Ok, ok tapi dengan satu syarat.” Angguk Ben, akhirnya setuju. Tak tahan tengok muka penuh simpati Medina.

Medina menarik nafas. Suka sangat bersyarat. “Apa dia?”

“Awak kena beritahu saya dulu, what’s your favourite flower?” Ben menunggu jawapan.

Medina tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Seboleh-boleh la mamat ni. “Favourite flower? Ok, bila awak tengok saya, awak rasa saya ni macam bunga apa?” Tanya Medina pula. Ben berkerut. Apa maksud dia?

“Saya tak faham.” Kepala digeleng.

“Macam, bila awak tengok saya, bunga apa yang terlintas dalam kepala awak?” Medina cuba explain.

Mulut Ben terbuka sedikit, tanda sudah faham. “Oh.. Maksud awak macam bunga apa yang sesuai dengan awak la? Ok. Ok. Hm..” Ben memandang Medina. Lama.

Alamak, menyesal pulak aku tanya soalan tu. Macam bagi dia peluang menonton muka aku ni je pulak. Medina sudah separuh menyesali soalan bodoh dia tadi. Kepala digaru-garu. Sesekali pandangan matanya singgah ke wajah Ben, tapi cepat-cepat dilari ke arah lain. Bersungguh betul mamat mentadak ni menengok muka aku.

“So?” Medina dah tak sanggup jadi bahan eksperimen.

Ben memegang dagu untuk beberapa saat. “White rose.”

Medina terangguk-angguk. Senyuman sedikit terbentuk di hujung bibir. “Kenapa white rose?”  Nak tahu jugak sebab musabab mamat ni rasa aku ni macam bunga ros putih.

Ben hanya tersenyum. “So betul tak white rose tu favourite bunga awak?” Ben menjungkit kening.

“Saya takda favourite flower. Semua bunga saya suka, termasuk Lantana Camara ni.” Balas Medina pendek. Pasu bunga di dalam lori diangkat dan disusun di hadapan kedai. Ben tersenyum. Kan bagus kalau setiap hari macam ni.
---
Rosebud kata: Finally the heroin muncul. hehe. This story is my 2nd try and it has a long way to go. tapi takpa, stay with me, we'll ride this journey together okey. happy reading guys. xoxoxo ^^